Cari @ Amanz

Sering kali para penyedia platform berkongsi angka perisian atau peranti mereka dalam menarik para pembangun untuk membangunkan perisian atau aplikasi khusus untuk platform mereka. Terkini, Google melalui Chrome Dev Summit berkongsi mengatakan Google Chrome kini mempunyai pemasangan aktif yang melangkaui 2 bilion.

Angka ini meliputi pemasangan aktif di desktop, dan juga peranti mudah-alih. Walaubagaimanapun, angka pengguna aktif bulanan tidak dikongsikan oleh Google. Kali terakhir, pada bulan April lepas, gergasi internet tersebut mengatakan Chrome mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan.

Ramai yang mengemari penggunaan Google Chrome kerana ia mempunyai sejumlah penawaran pemalam yang menarik, selain turut mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri dan teknologi web terkini.

Selain Google Chrome, antara pelayar web yang popular adalah Firefox dan juga Opera – selain Safari dan Edge yang hadir terbina pada komputer berdasarkan sistem operasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd