Instagram Stories Kini Membolehkan Anda Tag Kawan, Tambah Pautan, Dan Sertakan Boomerang

Instagram Stories Kini Membolehkan Anda Tag Kawan, Tambah Pautan, Dan Sertakan Boomerang

Diterbitkan pada November 11, 2016 oleh .

Instagram Stories merupakan salah satu fungsi yang kian popular pada aplikasi perkongsian gambar dan video berkenaan. Melaluinya, pengguna boleh hadir dengan sebuah siri video beberapa saat yang dikongsikan kepada rakan-rakan mereka, dan hilang selepas sekitar 24 jam.

Instagram Stories

Setelah memperkenalkannya sebelum ini, hari ini Instagram membawakan beberapa fungsi baru dan penambahan pada perkhidmatan berkenaan. Salah satunya adalah integrasi kandungan rakaman melalui Boomerang – iaitu satu lagi aplikasi daripada Instagram yang membolehkan pengguna hadir dengan gambar bergerak-berulang.

Selain itu, kini pengguna turut boleh tag rakan-rakan dalam sesuatu Instagram Stories – selain turut membolehkan pengguna menambah pautan dalam Instagram Stories.

Bagi anda yang aktif menggunakan Instagram, mungkin boleh menyemak fungsi baru ini hari ini.


TIPS & ULASAN