Bagaimana Memaksimakan Penggunaan Dwi-Kamera Pada Honor 8?

Bagaimana Memaksimakan Penggunaan Dwi-Kamera Pada Honor 8?

Diterbitkan pada November 14, 2016 oleh .

Peranti Honor 8 boleh dikatakan antara peranti yang menarik dari segi rekaannya melalui penampilan rekabentuk yang anggun dan menawan. Ia dibina dengan 15 lapisan kaca pada bahagian belakang peranti ini dalam memberikan perspektif cahaya berbeza apabila dilihat dari sudut berlainan. Rekaannya juga sangat kompak bagi membolehkan pengguna menggunakannya di sebelah tangan.

Spesifikasi yang didatangkan amat menarik — hadir dengan skrin 5.2-inci LTPS LCD 1080p, cip pemprosesan HiSilicon Kirin 950, memori 4GB RAM, dan penggunaan bateri sebesar 3000 mAh bersama fungsi pengecasan pantas. Beberapa fungsi tambahan lain seperti IR blaster turut hadir pada peranti ini dalam menjadikannya alat kawalan jauh untuk mengawal perkakasan elektrik di rumah anda.

dsc08324-priime-gold

Selain dari segi rekaan dan spesifikasi, Honor 8 juga memfokuskan kepada fungsi fotografi dengan kehadiran dwi-kamera 12MP seperti yang hadir pada Huawei P9. Ia didatangkan dengan sensor RGB dan sensor monokrom dalam meningkatkan lagi pencahayaan yang diambil. Namun dengan kehadiran teknologi dwi-kamera ini, beberapa fungsi menarik boleh digunakan pengguna dalam mengoptimasikan penggunaan kamera Honor 8 ini.

1. Gunakan Fungsi Aperture Mode Untuk Hasil Penggambaran Seumpama DSLR

Fungsi yang menjadi perhatian ramai pada peranti pintar saat ini adalah kebolehan mengambil gambar dengan hasil seolah-olah diambil menggunakan kamera DSLR. Honor 8 hadir dengan fungsi Aperture Mode yang mampu menghasilkan efek ini dengan menampilkan kesan objek yang difokuskan bersama penghasilan blur di bahagian belakang objek. Menariknya, kedudukan dan kekuatan blur ini boleh diubah selepas sesuatu gambar diambil.

honor-8-img_20161110_213153

honor-8-aperture-mode

2. Aktifkan Fungsi Good Food Untuk Penggambaran Melibatkan Makanan

Tabiat rata-rata pengguna pada masa kini adalah gemar mengambil gambar makanan dan seterusnya dihantar pada saluran media sosial. Menyedari hakikat ini, pihak Honor telah menampilkan fungsi Good Food pada Honor 8 dalam meningkatkan lagi kesan kontras dan perwarnaan pada gambar makanan agar kelihatan lebih menyerlah.

honor-8-sample-img_20161018_204031

3. Aktifkan HDR Untuk Pencahayaan Yang Lebih Sekata

Mengambil gambar pada keadaan dikelilingi cahaya kadangkala mempunyai masalah lebihan cahaya pada satu-satu sudut gambar yang diambil. Dengan mengaktifkan fungsi HDR, pencahayaan gambar pada situasi ini lebih kelihatan sekata dengan keperincian imej yang lebih tajam.

honor-8-sample-img_20160921_212232

4. Aktifkan Fungsi Night Shot Ketika Waktu Malam

Honor 8 mampu memberikan penggambaran malam yang amat baik apabila pengguna mengaktifkan fungsi Night Shot ini. Ia akan mengenalpasti pencahayaan sekeliling dan seterusnya menetapkan kadar ISO dan shutter speed secara automatik dengan satu sentuhan.

honor-8-sample-img_20160921_211844

honor-8-sample-img_20160921_212047

honor-8-sample-img_20160921_212145

5. Guna Fungsi Pro Mode Untuk Kawalan Menyeluruh

honor-8-edited-img_20160922_205819

Sekiranya fungsi auto tidak memuaskan anda, Honor 8 turut tampil dengan kawalan manual melalui fungsi Pro Mode. Ia hadir dengan tetapan ISO sehingga 3200 bersama kawalan shutter speed sehingga 30 saat yang dilihat sangat tinggi untuk sesebuah peranti pintar. Melalui kawalan ini, pengguna bebas untuk menetapkan kadar pencahayaan mengikut mood sesuatu gambar.

honor-8-sample-img_20160925_204755_burst044


Honor 8 sememangnya mampu menawarkan fungsi fotografi yang baik dengan kehadiran fungsi-fungsi yang dioptimasikan untuk apa jua situasi penggambaran. Penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang peranti menampilkan penggambaran yang menyerlah terutama dari perwarnaan dan kawalan pencahayaan. Begitu juga dengan penggambaran malamnya, ia menampilkan hasil yang sangat jitu dengan hasilan warna yang begitu cerah.

Sekiranya anda bercadang ingin mendapatkan peranti yang mempunyai fokus pada kamera dan rekabentuk yang menawan, Honor 8 ialah peranti yang sangat disyorkan. Honor 8 ditawarkan pada harga RM1699 untuk versi 32GB manakala bagi anda yang inginkan storan yang lebih besar, versi 64GB peranti ini telah ditawarkan pada harga RM1899.

Baca: Ulasan Penuh Honor 8

Penafian: Advertorial dari Honor Malaysia


TIPS & ULASAN