Carian
EA Mendaftar Tanda Dagang “Need For Speed Arena” – Adakah Permainan NFS Akan Datang?
November 11, 2016 Aman

Electronic Arts mempunyai sejumlah permainan popular dibawah mereka, dan salah satunya adalah Need for Speed. Terkini, mereka dilihat telah mendaftarkan tanda dagang untuk “Need for Speed Arena”, sekaligus memberikan petanda mereka bakal hadir dengan sesuatu baru dibawah genre permainan perlumbaan.

Penggunaan nama “Arena” turut memberikan petanda untuk permainan secara atas-talian – salah satu perkara yang semakin popular akhir-akhir ini. EA sedia berjaya dengan permainan e-sukan mereka melalui FIFA, dan tidak mustahil kita melihat ia dilanjutkan kepada permainan perlumbaan. Selain itu, terdapat juga kemungkinan ia adalah permainan untuk peranti mudah-alih.

Apa pun, hendaklah diambil perhatian juga yang mana ia menjadi kebiasaan untuk sesuatu syarikat mendaftarkan tanda dagang untuk melindungi beberapa projek mereka – dan tidak semestinya ia dipasarkan.

Untuk tahun ini, tiada perancangan permainan Need for Speed baru, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran permainan baru mereka pada 2017.

Komen