Samsung Galaxy J2 Prime Dan Galaxy J1 Mini Prime Kini Di Malaysia

Samsung Galaxy J2 Prime Dan Galaxy J1 Mini Prime Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada November 11, 2016 oleh .

Samsung agak aktif memasarkan keluarga Galaxy J di Malaysia akhir-akhir ini, dan beberapa peranti baru telah diperkenalkan. Antaranya adalah Galaxy J7 Prime dan juga Galaxy J5 Prime. Hari ini, menambah kepadanya, Samsung Malaysia turut telah mula menawarkan Galaxy J2 Prime dan juga Galaxy J1 Mini Prime di Malaysia.

Kedua-dua peranti baru ini adalah peranti berspesifikasi rendah, dan lebih memfokuskan kepada sokongan komunikasi, rangkaian sosial, selain menikmati muzik dan video.

Siri Galaxy J

Dari segi spesifikasi, Galaxy J2 Prime hadir dengan skrin 5-inci qHD, cip empat-teras 1.4GHz, memori 1.5GB RAM dan ruangan storan 8GB. Ia turut dilengkapi kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Galaxy J1 Mini Prime pula adalah telefon pintar dengan skrin 4-inci WVGA, menggunakan cip empat-teras 1.5GHz, memori 1GB RAM dan ruangan storan 8GB. Ia menggunakan kamera belakang 5-megapixel dan dan kamera hadapan VGA.

Kedua-dua peranti ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, radio FM, dan menggunakan Android 6.0 Marshmallow.

Galaxy J2 Prime dijual pada harga RM499, sementara Galaxy J1 Mini Prime pula dijual pada harga RM299.


TIPS & ULASAN