10 Ciri Terbaik Mengenai Huawei MediaPad M3

10 Ciri Terbaik Mengenai Huawei MediaPad M3

Diterbitkan pada November 16, 2016 oleh .

Huawei pada tahun ini mengungguli pasaran dengan pengenalan peranti-peranti terkini dan berprestasi tinggi, malah turut mengekalkan kualiti pada binaan mereka. Jika dahulu mereka lebih sinonim dikenali sebagai pengilang peranti telekomunikasi mahupun modem internet rumah anda, kini mereka bersedia menakluk dunia peranti pintar.

Pada bulan ini, selain dari Mate 9 yang baru diperkenalkan di Jerman, Huawei telah menghadirkan MediaPad M3 untuk pasaran tempatan setelah dua bulan diperkenalkan di acara IFA 2016 yang turut berlaku di Jerman. Mediapad merupakan keluarga tablet didalam peranti Huawei dan M3 merupakan variasi terbaru yang membawa lebih banyak fungsi serta ciri menarik.

Berikut merupakan 10 ciri menarik terbaru mengenai Huawei M3.

Saiznya yang Praktikal

Sebagai tablet, saiz merupakan satu ciri terpenting dan bagi Huawei MediaPad M3, saiznya adalah sebesar 8.4-inci. Saiz sebegini adalah lebih bagus dan baik berbanding iPad Mini 4. Ini adalah kerana nisbah saiz MediaPad M3 mengikuti saiz 16:9, dan lebih sesuai untuk sudut pandang lebar. Nisbah untuk skrin-ke-badan pula lebih hampir justeru tidak membazirkan ruang berbanding bahagian atas iPad Mini yang lebih besar, dan resolusi bernisbah 4:3.

mediapad-m3-dsc09206

Resolusi Yang Lebih Tinggi

Skrin yang besar dengan nisbah yang tepat tidak akan berguna sekiranya paparan tersebut tidak cantik dilihat. Atas sebab ini, Huawei telah menyertakan paparan skrin IPS LCD pada ketumpatan pixel yang tinggi iaitu 359ppi, dengan resolusi 2K 2560 x 1600. Pada resolusi dan ketumpatan pixel sebegitu, segala imej yang dipaparkan akan menjadi lebih cantik. Tulisan menjadi lebih tajam, dan tiada pixel-pixel halus mencacatkan pengalaman melihat visual pada peranti ini. Lebih menarik lagi, anda boleh menonton video YouTube beresolusi 2K pada peranti ini.

mediapad-m3-dsc09244

Pembesar Suara Harman Kardon / SWS 3.0

Dengan kualiti visual yang tinggi, audio pula haruslah melengkapi pengalaman sebegini. Siapa yang tidak kenal dengan jenama Harman Kardon iaitu penghasil teknologi audio yang baik dengan kejituan bunyi yang tinggi. Pada Huawei MediaPad M3, teknologi Harman Kardon disertakan pada pada dua pembesar suara dan turut dilengkapkan dengan teknologi audio S.W.S yang dibangunkan oleh Huawei.

mediapad-m3-dsc09225

Kapasiti Bateri Yang Tinggi

Dengan peranti berprestasi tinggi serta paparan skrin yang besar, ia semestinya menggunakan tenaga yang banyak. Apalah gunanya peranti pintar sekiranya kehabisan kuasa? Huawei MediaPad M3 menyertakan bateri berkapasiti 5,100 mAh yang mampu membuatkan peranti ini beroperasi dengan lama. Anda boleh menonton video 1080p selama 11 jam, memainkan permainan 3D secara berterusan selama 6 jam, atau mendengar muzik sehingga 45 jam lamanya.

mediapad-m3-dsc09241

Teknologi ClariVu 3.0 Yang Membuatkan Mata Berasa Selesa

Dengan waktu operasi yang lama dalam menggunakan peranti ini, adalah penting dalam membuatkan pengguna berasa selesa menggunakannya, tanpa pengalaman melihat skrin yang boleh membuatkan pengguna berasa letih. Teknologi ClariVu 3.0 yang dibangunkan Huawei telah disertakan pada tablet ini, dimana ia akan menapis cahaya tertentu sekaligus membolehkan pengguna menggunakan tablet ini untuk satu jangkamasa yang panjang.

Kamera 8MP Di Bahagian Hadapan Dan Belakang

Salah satu kekurangan iPad adalah kamera pada bahagian hadapannya iaitu FaceTime HD Camera hanyalah mempunyai sensor sebesar 1.2MP malah pada spesifikasi yang lebih baik iaitu iPad Pro, ia hanya mempunyai sensor sebesar 5MP. Bagi memberikan lebih nilai pada pengguna, Huawei menyertakan kamera 8MP pada bahagian hadapan dan belakang peranti ini, membolehkan pengguna merakam gambar yang lebih cantk, dan selfie yang lebih menawan.

mediapad-m3-dsc09229

Pengimbas Cap Jari

Kebanyakan peranti flagship dari Huawei kini telah menyertakan pengimbas cap jari. Pada MediaPad M3, terdapat pengimbas cap jari yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuklah mengakses peranti. Pada kelajuan 0.4 saat, peranti boleh dinyahkunci dan boleh digunakan dengan pantas tanpa kompromi terhadap sekuriti.

mediapad-m3-dsc09290

Boleh Melakukan Panggilan

Jika anda sudah memiliki peranti berprestasi tinggi dan telahpun membelanjakan sejumlah wang untuk memilikinya, kenapa perlu membawa peranti berasingan sebagai telefon pintar? Huawei MediaPad M3 boleh juga berfungsi sebagai telefon pintar anda, dan membolehkan anda menghubungi sahabat-handai serta saudara-mara. Jika anda merasa canggung untuk menggunakannya sebagai peranti telefon pintar anda yang utama, mungkin ia boleh dijadikan peranti sandaran sewaktu kecemasan.

EMUI 4.1 Dengan Android 6.0 Marshmallow

Bagi menambah kesemua ciri fizikal dan estetika peranti ini, Huawei MediaPad M3 turut disertakan dengan paparan antaramuka terkini mereka iaitu EMUI 4.1. Ini sekaligus memberikan pelbagai fungsi tambahan dan tablet yang berfungsi menggunakan perisian terkini Android 6.0 Marshmallow semestinya memberikan lebih nilai kepada pengguna.

mediapad-m3-screenshot_2016-11-10-16-29-49-side

Khidmat Selepas Jualan Yang Disediakan Huawei

Sesudah berbelanja dengan banyak bagi memiliki peranti, adalah penting bagi pengguna untuk mendapatkan khidmat selepas jualan yang bagus dan menyeluruh. Pada harga RM 1,699, boleh dikatakan pemilikan peranti ini amat berbaloi dengan perlindungan yang diberikan. Ia termasuklah penukaran satu-ke-satu untuk tempoh 12 bulan, perkhidmatan penghantaran percuma, perkhidmatan pembersihan peranti dalam tempoh 12 bulan dan khidmat sokongan dari Isnin hingga Ahad.


Huawei MediaPad M3 ini ditawarkan pada dua variasi, iaitu dengan kapasiti storan 32GB pada harga RM 1,699, manakala kapasiti storan 64GB ditawarkan pada harga RM 1,999. Kapasiti storan peranti ini juga boleh ditambah sehingga 128GB menerusi slot kad Mikro-SD sekaligus membolehkan pengguna memuatkan lebih banyak kandungan multimedia pada peranti ini.

Baca: Pandang Pertama Huawei MediaPad M3

Penafian: Advertorial dari Huawei


TIPS & ULASAN