Peranti BlackBerry Baru Dengan Papan Kekunci Fizikal Bakal Diperkenalkan

Peranti BlackBerry Baru Dengan Papan Kekunci Fizikal Bakal Diperkenalkan

Diterbitkan pada November 12, 2016.

BlackBerry telah secara rasminya berhenti menghasilkan telefon pintar mereka sendiri, tetapi syarikat berkenaan mempunyai satu kejutan terakhir untuk peminat mereka : iaitu sebuah telefon dengan papan kekunci fizikal.

CEO BlackBerry, John Chen memberikan petanda untuk peranti berkenaan pada September lepas, tetapi tidak mengesahkannya sehingga kini melalui temuramah bersama Bloomberg TV.

“Kami mempunyai sebuah telefon pintar dengan papan kekunci yang dijanjikan kepada pengguna”, kata Chen. “Ia akan datang.”

Dibawah Chen, BlackBerry telah membuat peralihan daripada telefon pintar kepada perisian dan mengatakan pada bulan September yang mana mereka akan menghentikan pengeluaran, perstokkan dan pengedaran telefon pintar tersendiri. Sebaliknya, mereka akan melesenkan jenama BlackBerry kepada syarikat lain untuk disertakan pada telefon yang dikeluarkan syarikat berkenaan.

Papan kekunci fizikal adalah salah satu fungsi popular pada telefon pintar BlackBerry, dengan ramai pengguna yang merinduinya pada telefon pintar masa kini.


TIPS & ULASAN