OnePlus 3T Mungkin Dilengkapi RAM Sebesar 8 Gigabyte

OnePlus 3T Mungkin Dilengkapi RAM Sebesar 8 Gigabyte

Diterbitkan pada November 12, 2016 oleh .

Penggunaan peranti pintar semakin meningkat dan ia kini dianggap sebagai keperluan bukan lagi aksesori tambahan dalam kehidupan. Pelbagai urusan harian dapat dilakukan menggunakannya. Oleh itu peranti yang sentiasa berfungsi dengan lancar adalah penting bagi memastikan kelancaran aktiviti harian. OnePlus 3 yang hadir awal tahun ini dilengkapi RAM sebesar 6 Gigabyte. Kini penggantinya OnePlus 3T dikhabarkan bakal dilengkapi RAM sebesar 8 Gigabyte.

Ini sekaligus menjadikannya peranti pertama dengan saiz RAM setanding PC. Dengan RAM sebesar ini lebih banyak aplikasi dapat dilancarkan serentak tanpa perlu muat turun semula apabila berlaku pertukaran aplikasi. Harga jualannya pula akan mencecah $479 (~RM 2212), jauh lebih mahal berbanding peranti buatan OnePlus sebelum ini.

Dengan kadar pertukaran Dollar ke Ringgit yang semakin tinggi, OnePlus 3T pastinya bukan peranti yang mampu milik. Peranti ini akan dilancarkan pada 15 November hadapan. Adakah pengguna memerlukan peranti dengan RAM sebesar 8 Gigabyte?


TIPS & ULASAN