Emoji Wanita Berhijab Dan Tangan Berdoa Mungkin Diperkenalkan Pertengahan Tahun 2017

Emoji Wanita Berhijab Dan Tangan Berdoa Mungkin Diperkenalkan Pertengahan Tahun 2017

Diterbitkan pada November 12, 2016 oleh .

Emoji meningkat kepopularannya sejak dua tahun kebelakangan ini. Ia memudahkan pengguna menyampaikan mesej tanpa perlu menaip dengan panjang ketika menggunakan aplikasi media sosial. Unicode sudah menyenarai pendekkan 51 emoji baru yang bakal diperkenalkan di bawah Unicode 10. Antara yang tersenarai ialah emoji wanita berhijab dan tangan orang Islam berdoa.

emoji-unicode-10

Emoji lain yang turut disenaraikan ialah zombie, pontianak, kepala Zebra, T-Rex, UFO dan wanita menyusukan bayi. Apabila senarai akhir dikemaskini kelak, Unicode 10 dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan 2017. Apakah pula emoji yang paling anda mahukan?


TIPS & ULASAN