Carian
Kit Tanpa Wayar Untuk HTC Vive Diperlihatkan
November 12, 2016 Effi Saharudin

Kami tidak berwang dan menggunakan Google Cardboard sebagai peranti realiti maya utama untuk menonton kandungan VR. Bagi yang berwang mereka mungkin memilih HTC Vive dan Oculus Rift. Kedua-duanya jauh lebih berkuasa berbanding Cardboard tetapi mempunyai satu kekurangan kerana memerlukan kabel yang panjang yang disambung kepada PC.

htc-vive-tpcast-1

Kit tanpa wayar untuk HTC Vive telahpun dihasilkan oleh TPCAST. Melalui kit tanpa wayar ini, pemain bebas bergerak tanpa perlu risau tersadung kaki pada wayar peranti realiti maya mereka. Menurut Vive TPCAST berfungsi tanpa sebarang sela masa. Dengan sekali cas ia mampu memberikan waktu bermain sehingga 1.5 jam. Ia dijual pada harga RMB 1499 (~RM 970) satu set.

Komen