Samsung Gear S3 Mula Dijual Di Pasaran Terpilih Pada 18 November Ini

Samsung Gear S3 Mula Dijual Di Pasaran Terpilih Pada 18 November Ini

Diterbitkan pada November 12, 2016 oleh .

Samsung Gear S3 diperlihatkan di IFA pada September yang lalu. Dua bulan sudah berlalu dan ramai tertanya-tanya bilakah jam tangan pintar akan dipasarkan. Masalah melibatkan Note 7 mungkin antara sebab ia mengalami kelewatan. Samsung akhirnya mengesahkan Gear S3 Frontier dan S3 Classic akan mula dijual di pasaran terpilih pada 18 November hadapan.

gears3_01Negara-negara awal yang akan menerima jam tangan pintar ini ialah Korea Selatan, Australia, Dubai, France, Germany, Singapura, U.K dan Amerika Syarikat. Kedua-dua model dilengkapi skrin bulat 1.3″ SAMOLED, pemproses dua teras 1.0 GHz, RAM 768 Megabyte dan storan 4 Gigabyte. Bateri sebesar 380 mAh membekalkan kuasa. Gear S3 masih mengekalkan penggunaan sistem operasi Tizen.

Kedua-duanya turut dilengkapi GPS, barometer, accelerometer, girometer, pengesan cahaya dan pengimbas nadi. Ia direka untuk kegunaan lasak dengan kemampuan kalis air IP 68. Tidak seprti Gear S2, Gear S3 boleh menggunakan sebarang tali jam biasa yang bersaiz 22mm. Perbezaan di antara model Frontier dan Klasik hanyalah Frontier mempunyai sokongan e-SIM. Tarikh jualan di Malaysia masih belum diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN