Boeing Mempatenkan Pesawat Penumpang Dengan Kemampuan Terbang Menegak

Boeing Mempatenkan Pesawat Penumpang Dengan Kemampuan Terbang Menegak

Diterbitkan pada November 12, 2016 oleh .

Pesawat VTOL Bell Boeing V-22 Osprey yang berkemampuan terbang menegak sudah mula digunakan pasukan Marin Amerika Syarikat. Apabila ingin terbang menegak, dua kipas utama Osprey akan bergerak ke atas seperti konfigurasi kipas helikopter. Bagi terbang menegak, dua kipas ini berputar ke hadapan seperti pesawat biasa.

bell-boeing-paten-vtol-1 Bell Boeing nampaknya mempunyai perancangan menghasilkan pesawat penumpang komersial dengan sistem seakan Osprey. Perbezaan ialah enjin pesawat tidak terletak pada hujung sayap. Sebaliknya empat enjin jet di bawah sayap akan memberikan tenaga kepada dua kipas gergasi yang boleh berputar pada hujung sayap.Ini mengurangkan keperluan struktur besar bagi menampung sistem nacelle yang berat seperti pada Osprey.

Pesawat penumpang yang dipatenkan boleh membawa 100 penumpang. Ini adalah kapasiti lebih besar berbanding Osprey yang hanya boleh membawa 36 penumpang dan krew. Dengan penggunaan sistem VTOL lapangan terbang dengan landasan panjang tidak lagi diperlukan di masa hadapan.

 

 


TIPS & ULASAN