Snapchat Spectacles Mula Dijual Pada Harga RM 580

Snapchat Spectacles Mula Dijual Pada Harga RM 580

Diterbitkan pada November 12, 2016 oleh .

Kaca mata berkamera Snapchat Spectacles mula dijual di Amerika Syarikat semalam. Kaca mata ini mempunyai fungsi unik merakam video sepanjang 10 saat dalam bentuk bulat. Apabila ditonton menggunakan peranti pintar, video boleh ditonton secara menegak ataupun melintang tanpa masalah. Snapchat menggunakan gimik unik dimana Spectacles dijual pada harga $129.99 (~RM 580) menggunakan mesin layan diri Snapbots.

Mesin layan diri ini kelihatan seperti makhluk Minions dari filem animasi Despicable Me. Buat masa ini hanya satu Snapbots diletakkan di Venice Beach California berhampiran markas Snapchat. Ia kemudian akan dibawa mengembara Amerika Syarikat untuk membolehkan pengguna dari kawasan lain membelinya. Tiada penawaran pembelian di atas talian akan diberikan buat masa ini.

 


TIPS & ULASAN