OnePlus 3 Akan Menerima Kemas Kini Android Nougat Bulan Hadapan

OnePlus 3 Akan Menerima Kemas Kini Android Nougat Bulan Hadapan

Diterbitkan pada November 12, 2016 oleh .

Mengikut angka terkini, sehingga permulaan November hanya 0.3% peranti Android menggunakan Android Nougat. Ini ialah peratusan yang amat rendah bagi sistem operasi yang sudah dilancarkan lebih sebulan lamanya. Bagi pemilik OnePlus 3, anda tidak perlu menunggu lama untuk kemas kini ke versi lebih terkini.

OnePlus 3

Peranti dengan RAM sebesar 6 Gigabyte ini akan mula menerima Nougat bulan hadapan. Ujian Beta dimulakan bulan ini bagi menguji kestabilan sistem operasi. OnePlus 2 turut disahkan menerima Nougat tetapi tarikh bilakah ia akan diberikan tidak pula diketahui.

Bagi pemilik OnePlus 1 dan OnePlus X, berita buruk di sini ialah sokongan kemas kini rasmi dihentikan. Pada minggu hadapan OnePlus 3T akan dilancarkan dan ia akan menjadi peranti pertama keluaran mereka yang menggunakan Nougat.

Baca Ulasan penuh untuk OnePlus 3


TIPS & ULASAN