Carian
Boeing Kini Sedang Menguji Telefon Pintar Yang Boleh Binasa-Sendiri
November 13, 2016 Aman

Boeing merupakan salah satu syarikat yang tidak asing dalam pembangunan aeroangkasa. Terkini, Boeing membuat kejutan – hadir dengan sebuah telefon pintar berasaskan Android, dan memfokuskan kepada keselamatan data pengguna.

Boeing mengatakan peranti ini telah dalam pembangunan sejak 2014 yang lepas, dan menariknya, peranti ini akan binasa-sendiri sekiranya seseorang cuba mendapatkan data daripadanya secara paksa dengan mengusik atau membuat perubahan pada sistemnya.

Boeing Black

Langkah membinasakan sendiri itu diintegrasikan dalam usaha memastikan pelbagai data dan komunikasi adalah selamat dan tidak diakses oleh pihak ketiga – salah satu ciri yang sangat diinginkan oleh pengguna dari beberapa agensi kerajaan.

Boeing Black ini menggunakan skrin 4.3-inci dengan paparan qHD (540×960 pixel), cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, dan sokongan dwi-SIM. Boieng Black turut menyertakan sokongan penyulitan terbina dalam memastikan data selamat, selain turut hadir dengan sebuah pin sambungan berbentuk modular – membolehkan penambahan sensor tambahan.

Boeing Black

Boeing turut mengatakan mereka menyertakan beberapa perisian sekuriti tambahan selain hanya Android biasa sahaja.

Buat masa ini, telefon yang boleh binasa-sendiri ini hanya pada peringkat ujian dunia-nyata sahaja, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum mula dipasarkan.

Komen