Facebook Menguji Bilik Sembang Terbuka Pada Messenger

Facebook Menguji Bilik Sembang Terbuka Pada Messenger

Diterbitkan pada November 13, 2016 oleh .

Beberapa tahun lepas, salah satu perkara yang diminati pada Yahoo! Messenger adalah bilik sembang terbuka berdasarkan kepada topik – membolehkan pengguna dengan minat yang sama membuka sesuatu bilik sembang baru, atau menyertai yang lain dalam membincangkan sesuatu perkara. Dengan konsep sama, kini Facebook menguji sebuah fungsi baru pada Messenger, dinamakan Messenger Rooms.

Messenger Rooms

Menggunakan Messenger Rooms, pengguna boleh membuat carian untuk topik yang digemari mereka dan menyertainya. Anda juga boleh membuat bilik sembang tersendiri – dan membuatnya sebagai boleh disertai oleh sesiapa atau memerlukan pengesahan terlebih dahulu sebelum menyertainya.

Buat masa ini, Facebook sedang menguji Messenger Rooms ini di Australia. Ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkannya kepada semua pengguna seluruh dunia, atau akan sekadar mengujinya semata-mata.


TIPS & ULASAN