Cari @ Amanz

Perkembangan telefon pintar turut membuatkan ramai pengeluar memfokuskan kepada sokongan pengecasan pantas untuk bateri. Beberapa pengeluar mempunyai penyelesaian mereka tersendiri, termasuk Oppo dengan VOOC dan Huawei dengan Super Charge. Qualcomm yang merupakan pengeluar cip turut mempunyai penyelesaian mereka tersendiri dinamakan Quick Charge.

Sebelum ini mereka telah memperkenalkan Quick Charge 3.0, dan kini beberapa desas-desus hadir mengatakan Qualcomm akan memperkenalkan Quick Charge 4.0 melalui cip Snapdragon 830 yang dijadualkan untuk pengenalan pada 2017 kelak.

Qualcomm Quick Charge

Info terbaru ini hadir daripada pengeluar aksesori, dan ia masih dikategorikan sebagai ura-ura. Tetapi menjadi kebiasaan untuk pihak Qualcomm sendiri memperkenalkan kemaskini setiap tahun – dan ia bukan sesuatu mengejutkan sekiranya Quick Charge 4.0 diperkenalkan pada 2017.

Ia dikatakan Quick Charge 4.0 akan menyokong pengecasan pada 5V (4.7A ke 5.6A) atau pada 9V (pada 4A). Perkara ini sekaligus membolehkan pengecasan peranti menjadi jauh lebih pantas berbanding kebiasaan.

Kita mungkin akan melihat peranti dengan Snapdragon 830 ini seawal suku pertama 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd