(Ura-Ura) Tiga iPad Baru Bakal Dilancarkan Sekitar Mac 2017

(Ura-Ura) Tiga iPad Baru Bakal Dilancarkan Sekitar Mac 2017

Diterbitkan pada November 14, 2016 oleh .

Sudah agak lama kita tidak mendengar perkembangan dan kemaskini baru untuk keluarga iPad. Kini, laporan baru hadir mengatakan Apple bakal melancarkan tiga model iPad baru sekitar Mac 2017 kelak.

Tiga model iPad yang bakal diperkenalkan hadir daripada keluarga iPad Pro – termasuk kemaskini untuk saiz 9.7-inci dan 12.9-inci, selain pengenalan model baru bersaiz 10.9-inci yang akan menawarkan rekaan bingkai tepi yang sangat nipis – salah satu trend baru pada masa kini.

Model 10.9-inci ini dikatakan bakal menawarkan saiz peranti keseluruhan seumpama 9.7-inci – tetapi hasil penggunaan rekaan bingkai tepi yang nipis, ia membolehkan penawaran skrin yang lebih besar.

Selain fokus terhadap skrin, pihak Apple juga dikatakan mungkin menawarkan fokus terhadap sokongan audio pada peranti ini. Menurut penganalisa juga, Apple dijangka menggunakan skrin paparan OLED pada iPad sekitar 2018 kelak.


TIPS & ULASAN