MagicMockups – Memudahkan Anda Hadir Dengan Imej Pengolokan Untuk Web Dan Aplikasi

MagicMockups – Memudahkan Anda Hadir Dengan Imej Pengolokan Untuk Web Dan Aplikasi

Diterbitkan pada November 14, 2016 oleh .

Pada hari ini, terdapat ramai pembangun web dan aplikasi, yang mungkin kadang-kala ingin hadir dengan gambar mock-up (pengolokan) yang menarik untuk projek anda. Kebiasaannya, ia boleh dilakukan dengan mudah menggunakan perisian seperti Photoshop dan sebagainya. Tetapi, sekiranya anda inginkan sesuatu untuk dilakukan dengan pantas, mungkin laman MagicMockups boleh membantu.

MagicMockup

Melalui MagicMockups, ia menyediakan gambar pengolokan untuk desktop, komputer riba dan juga telefon pintar. Ini sekaligus membolehkan anda menggunakannya untuk tujuan memperlihatkan web, perisian komputer, mahupun aplikasi mudah-alih.

Pengguna hanya perlu memilih paparan yang anda inginkan, dan seterusnya memuat-naik gambar paparan skrin (screenshot). Kemudiannya, gambar pengolokan anda akan dicipta, dan anda boleh memuat-turunnya terus daripada laman MagicMockups.

Bagi anda yang mempunyai projek pembangunan atau ingin hadir dengan gambar pengolokan menarik untuk projek anda, mungkin boleh mencuba laman MagicMockups hari ini.

MagicMockup

Layari – MagicMockups


TIPS & ULASAN