Cari @ Amanz

PayPal merupakan salah satu platform pembayaran digital yang digunakan secara meluas oleh pelbagai penjual. Kini, dengan sokongan integrasi aplikasi dalam Siri pada iOS10, pihak PayPal turut telah memperkenalkan kemaskini, membolehkan pengguna menghantar dan menerima wang terus melalui Siri.

PayPal Siri

Dengan integrasi PayPal ke Siri ini, pengguna boleh membuat arahan suara menggunakan sebarang bahasa – termasuk bahasa Malaysia, melalui Siri, dan ia akan hadir dengan kebolehan menghantar dan menerima wang dengan mudah, tanpa perlu membuka aplikasi PayPal tersebut sendiri.

Bagi anda yang menggunakan peranti iPhone atau iPad dengan iOS 10, serta aktif dalam penggunaan PayPal, mungkin boleh mencuba penghantaran wang menggunakan Siri ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd