Pelekat seperti emoji semakin meningkat penggunaannya. Kedua-dua fungsi ini perlu disokong sekiranya aplikasi pemesejan ingin berjaya dan terus menarik jumlah pengguna yang tinggi. Sistem pelekat diperkenalkan oleh Twitter pada bulan Julai yang lalu dan jumlah pelekat kini bertambah dengan watak dari siri Pokemon.
Pelekat Pokemon ini dihasilkan sempena pelancaran permainan Pokemon Sun/Moon minggu ini. Terdapat empat pelekat ditawarkan iaitu Rowlet, Litten, Popplio dan Poke Ball. Sekiranya anda mahu menghiasi gambar yang dimuat naik dengan watak Pokemon kini anda dapat melakukannya. Diharap lebih banyak pelekat lain boleh ditambah di masa hadapan.