Cari @ Amanz

Beg galas peranti realiti maya MSI VR One diperlihatkan September lalu. Dengan beg galas ini kesemua komputer PC boleh disandang bagi membolehkan pemilik HTC Vive bergerak tanpa halangan wayar. Prapesan untuk MSI VR One kini dibuka dengan harga jualan bermula dari $2000 (~RM 8680) sebuah.

MSI VR One

Model ini dilengkapi pemproses Intel Core i7, RAM sebesar 16 Gigabyte, storan SSD 256 Gigabyte dan kad grafikĀ  Nvidia GeForce GTX 1060. Kepada yang inginkan lebih kuasa, model dengan storan SSD 512 Gigabyte dan kad grafik Nvidia GeForce GTX 1070 ditawarkan pada harga $2300 (~RM 9984) sebuah. Di Malaysia pihak MSI pernah mengatakan ia bakal dijual menjelang Disember. Sekiranya anda berminat anda boleh mula mengumpul dana mulai sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd