Kemaskini Memperbaiki Masalah Bateri Surface Pro 3 Tidak Boleh Dicas Boleh Dimuat Turun

Kemaskini Memperbaiki Masalah Bateri Surface Pro 3 Tidak Boleh Dicas Boleh Dimuat Turun

Diterbitkan pada November 14, 2016 oleh .

Dua masalah melibatkan bateri dilaporkan oleh pemilik Microsoft Surface Pro 3. Masalah pertama menyebabkan bateri yang dicas kehabisan dengan terlalu pantas. Ini diperbaiki dengan kemas kini firmware beberapa minggu selepas masalah dilaporkan. Masalah kedua lebih serius mengakibatkan komputer tablet ini tidak boleh dicas selepas kehabisan bateri. Ia dilaporkan September lalu dan kemas kini hanya diberikan pada 7 November yang lalu.

surface-pro-3-masalah-bateri-1Microsoft menyatakan masalah bateri ini berlaku kerana pepijat pada firmware yang menghalang peranti dari mengesan jumlah pengecasan yang masih ada di dalam bateri.  Sungguhpun begitu tahap pengecasan bateri yang sebenar hanya akan kembali normal selepas melakukan beberapa pengecasan penuh. Kepada yang mengalami masalah ini sila kemas kini Surface Pro 3 anda hari ini.


TIPS & ULASAN