Carian
ZTE
ZTE Berminat Menghasilkan Peranti Menggunakan Android Stock
November 14, 2016 Effi Saharudin

Terdapat dua “mazhab” besar di kalangan pengguna Android. Kumpulan pertama lebih gemar menggunakan pelancar pihak ketiga seperti TouchWiz, MIUI dan EMUI. Sebuah lagi kumpulan hanya mahu menggunakan Android Stock kerana ianya lebih ringan dan pantas menerima kemas kini. ZTE mengumpul pendapat dari pengguna mengenai penggunaan stock Android pada peranti mereka.

ZTE-Axon-Elite-013Dari maklum balas yang diterima, mereka menyedari majoriti pengguna ZTE lebih menggemari Android Stock berbanding pelancar keluaran mereka. Alasan yang diberikan ialah antaramuka yang lebih kemas serta lancar. Kepantasan menerima kemas kini pula menjadi sebab kedua mengapa ia menjadi pilihan. Pihak ZTE kini tidak menolak kemungkinan menghasilkan peranti dengan Android Stock di masa hadapan. Ini adalah bagi mengisi kekosongan peranti utama dengan Android Stock di pasaran selepas peranti Nexus tidak lagi dihasilkan.

Secara peribadi kami mahu kesemua pengeluar Android memberikan pilihan untuk menggunakan pelancar pihak ketiga ataupun stock. Sekurang-kuranya mengikuti langkah Oxygen OS yang tidak melakukan kustomasi melampau pada rekaan stock. Anda pula bagaimana? Stock ataupun pelancar pihak ketiga lebih menarik?

Komen