Cari @ Amanz

Perubahan cuaca dunia ialah fakta dan berlaku akibat manusia mencemari alam sekitar sejak ratusan tahun. Paras air laut semakin meningkat dengan beberapa negara pulau seperti Maldives berkemungkinan tenggelam selama-lamanya di masa hadapan. Di negara lain masalah banjir akan semakin teruk. Britain mengalami masalah banjir yang kronik sejak ke belakang ini dan ia memberikan idea kepada LarkFleet Group untuk menghasilkan rumah bertiang kalis banjir.

rumah-bertiang-banjir-uk-2-copy

Apabila menerima amaran banjir, rumah dua tingkat buatan mereka akan terapung 1.5 meter di atas udara secara automatik. Panel solar yang dipasang pada bahagian atap akan membekalkan kuasa kepada rumah sepanjang tempoh banjir. Sistem saluran air pula dipasang menggunakan paip getah yang tidak akan terputus apabila rumah di dalam mod banjir. Rumah bertiang ini akan dibina tahun hadapan di beberapa lokasi di Britian dan menjalani proses ujian selama tiga tahun.

Sekilas pandang ia banyak berkongsi rekaan dengan rumah tradisional Melayu. Jelas sekali dari segi rekaan nenek moyang kita jauh ke hadapan dari segi rekaan rumah. Mereka tahu, saban tahun banjir pasti melanda dan mencipta rumah bertiang. Kita sahaja yang sudah lupa tentang logik di sebalik rekaan tradisional ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd