Pembangunan Android Nougat Untuk Samsung Galaxy S6 Dimulakan

Pembangunan Android Nougat Untuk Samsung Galaxy S6 Dimulakan

Diterbitkan pada November 14, 2016 oleh .

Ujian Android Nougat untuk S7 dan S7 Edge diumumkan minggu lalu. Kepada yang berminat mereka boleh mencuba versi beta Android Nougat dengan antaramuka Grace UX pada peranti mereka. Pemilik peranti lain seperti S6 misalnya pasti ternanti-nanti pula giliran mereka menerima kemas kini. Berita baik pagi ini ialah Samsung sudah memulakan pembangunan Android Nougat untuk Galaxy S6 dan S6 Edge.

Android Nougat

Berita buruknya pula ialah mereka tidak akan memberikan kemas kini ini sebelum 2017. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana S7 Dan S7 Edge juga hanya akan menerima Nougat pada suku pertama 2017. Tarikh muktamad bilakah peranti-peranti ini akan menerima Nougat masih belum diketahui. Oleh sebab itulah tidak mengejutkan jumlah penggunaan Nougat baru mencecah 0.3% setakat ini.


TIPS & ULASAN