Langkawi Kini Pulau Digital Dengan Kemampuan Internet 2.1 Tbps

Langkawi Kini Pulau Digital Dengan Kemampuan Internet 2.1 Tbps

Diterbitkan pada November 14, 2016 oleh .

LangkawiLangkawi ialah destinasi percutian yang popular di kalangan penduduk Malaysia kerana memberikan pemandangan yang cantik dan bebas cukai. Selari dengan polisi kerajaan untuk mempertingkatkan ekonomi digital, Langkawi kini turut boleh digelar sebagai Pulau Digital. Ini adalah kerana ia kini mempunyai kapasiti internet 2.1 Tbps.

Penaik tarafan ke kapasiti lebih tinggi ini adalah di bawah pengawalan SKMM bagi menyediakan penduduk dengan capaian internet yang pantas. Buat masa ini hanya 20% kapasiti digunakan oleh penduduk pulau dengan pelbagai promosi untuk menggalakkan penduduk untuk menggunakan perkhidmatan pada kelajuan lebih tinggi.

Pada masa yang sama Langkawi turut menawarkan 290 kawasan dengan WiFi hotspot percuma. Kaji selidik turut menunjukkan 92% penduduk memiliki peranti pintar. Dalam masa lapan generasi Pulau Langkawi berubah dari sebuah padang jarak padang tekukur menjadi sebuah pulau dengan penggunaan teknologi mudah alih yang tinggi.


TIPS & ULASAN