Huawei Mate 9 Boleh Dipra-tempah Bermula Esok – Berharga RM2699

Huawei Mate 9 Boleh Dipra-tempah Bermula Esok – Berharga RM2699

Diterbitkan pada November 14, 2016 oleh .

Huawei telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka beberapa minggu lepas, dan hari ini Huawei Malaysia telah mengumumkan peranti tersebut akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula 22 November 2016 ini.

Seperti biasa, pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk Huawei Mate 9 melalui Lazada dan VMall bermula daripada esok, 15 November 2016 ini. Huawei Mate 9 dijual pada harga RM2699 di Malaysia.

Huawei Mate 9

Huawei Mate 9 hadir dengan skrin 5.9-inci pada resolusi HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 960, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia hadir dengan dwi-kamera belakang berteknologi Leica – gabungan 20megapixel monokrom dan 12-megapixel RGB, kamera hadapan 8-megapixel, serta bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Huawei menggunakan antaramuka EMUI 5.0 berasaskan Android 7.0 Nougat pada peranti ini yang hadir dengan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk pembelajaran pintar untuk mengoptimasikan penggunaan aplikasi dan peranti berkenaan.

Melengkapkan penawaran seperti peranti Huawei lain, Huawei Malaysia menawarkan jaminan 3-bulan untuk skrin LCD, pertukaran peranti satu-ke-satu untuk tempoh 12 bulan, selain talian VIP khusus untuk sebarang bantuan.


TIPS & ULASAN