Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Band merupakan salah satu gelang tangan pintar yang popular disebabkan oleh harga penawarannya yang jauh lebih rendah berbanding beberapa gelang-tangan pintar lain. Namun, sejak ia diperkenalkan, ramai yang meminta supaya Xiaomi menyertakan sebuah skrin pada Mi Band mereka.

Xiaomi Mi Band 2

Hasil daripadanya, Xiaomi telah hadir dengan Mi Band 2, dan kini gelang tangan pintar berkenaan telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Mi Band 2 memfokuskan kepada kecergasan dan memantau aktiviti pengguna, serta menyertakan beberapa notifikasi daripada telefon anda.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM129, dan boleh didapati melalui Mi Store.

Bercakap mengenai Mi Store sendiri, kini Xiaomi membuat peralihan, dan kini kedai atas-talian mereka beroperasi di Lazada. Bersama-sama perubahan ini, mereka turut memperkenalkan beberapa produk baru, termasuk Mi Power Bank Pro pada harga RM149, dan juga Mi Capsule Earphones pada harga RM69.

Kesemuanya akan ditawarkan bermula 18 November 2016 ini.

Xiaomi Mi Band 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd