HTC Dilaporkan Tidak Akan Melancarkan HTC Vive Di Malaysia Pada Tahun Ini
HTC

HTC Dilaporkan Tidak Akan Melancarkan HTC Vive Di Malaysia Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada November 14, 2016 oleh .

HTC Malaysia sebelum ini telah menjanjikan bakal memperkenalkan HTC Vive, peranti realiti-maya mereka untuk pasaran tempatan secara rasminya sekitar Oktober 2016. Namun, bulan Oktober berlalu pergi tanpa sebarang pengumuman daripada pihak HTC.

HTC-Vive-retail

Kini, menurut Lowyat, beberapa sumber terdekat mengatakan HTC Malaysia tidak akan melancarkan peranti realiti-maya mereka pada tahun ini.

Sebab utama mengenai penangguhan ini tidak diketahui lagi. Ia berkemungkinan disebabkan oleh kuantiti pengeluarannya yang terhad, ataupun mungkin kerana harganya yang agak mahal termasuk keperluan memerlukan komputer berkuasa tinggi.

Mungkin sekiranya kita bertuah, akan melihat pelancaran peranti realiti-maya daripada HTC ini pada awal 2017 kelak. Sebagai alternatif, mungkin anda boleh mendapatkan peranti realiti-maya daripada Sony, iaitu PlayStation VR yang telah dijual sejak daripada awal Oktober 2016 lepas di Malaysia.


TIPS & ULASAN