Huawei Mate 9 Pro Diperkenalkan Di China – Alternatif Versi Porsche Design Pada Harga Rendah

Huawei Mate 9 Pro Diperkenalkan Di China – Alternatif Versi Porsche Design Pada Harga Rendah

Diterbitkan pada November 14, 2016 oleh .

Huawei sebelum ini telah memperkenalkan Huawei Mate 9 dan juga Porsche Design Huawei Mate 9 di Munich beberapa minggu lepas, dan Mate 9 bakal dijual di Malaysia bermula minggu hadapan. Kini, selain kedua-duanya, Huawei turut menyediakan satu lagi peranti yang dilancarkan di China sahaja buat masa ini, iaitu Huawei Mate 9 Pro.

Huawei Mate 9 Pro membawakan spesifikasi dan rekaan yang lebih kurang sama seperti Porsche Design Huawei Mate 9, tetapi dengan penjenamaan Huawei.

Huawei Mate 9 Pro

Huawei Mate 9 Pro

Ia membawakan saiz yang sedikit kecil berbanding Mate 9 biasa, dimana Huawei Mate 9 Pro menggunakan skrin 5.5-inci dengan panel paparan 2K, dilengkapi cip Kirin 960, dan menawarkan memori sehingga 6GB RAM, serta ruangan storan sehingga 128GB. Peranti ini menggunakan binaan berasaskan logam, serta kaca skrin hadapan sedikit melengkung pada bahagian tepi.

Huawei Mate 9 Pro turut hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan, serta mengekalkan penggunaan kamera Leica gabungan 20-megapixel monokrom dan 12-megapixel RGB pada bahagian belakang.

Huawei Mate 9 Pro

Huawei Mate 9 Pro

Membezakan berbanding Porsche Design adalah dimana ia hadir dengan beberapa pilihan warna lain, hadir dengan variasi storan berbeza (termasuk pilihan 4GB RAM dan 64GB storan). Perkara lain adalah lebih kurang sama, termasuk penggunaan Android 7.0 Nougat dengan antaramuka EMUI 5.0.

Di China, Huawei Mate 9 Pro dijual pada harga bermula 4699 Yuan (~RM2966) untuk model 4GB RAM dan 64GB storan. Sebagai perbandingan, Huawei Mate 9 biasa dijual di Malaysia pada harga RM2699.


TIPS & ULASAN