Google sebelum ini telah mengumumkan Project Tango, yang mana mengabungkan dunia realiti dengan dunia maya – termasuk menggunakan kamera belakang pada sesuatu peranti dalam mengimbas dan mengenal-pasti lokasi sekitar pengguna. Ketika pengumuman, Google telah mengumumkan kerjasama dengan Lenovo. Dan kini pengeluar lain turut dilihat akan hadir dengan peranti menggunakan Project Tango.
Melalui temuramah bersama CEO Asus, mereka dilihat akan memperkenalkan Zenfone AR pada awal tahun 2017 kelak yang menggunakan sokongan Project Tango ini.
Zenfone AR dikatakan akan menawarkan prestasi pemprosesan serta ciri-ciri tambahan pada harga kompetitif.
Disamping Zenfone AR, pihak Asus turut dijangka memperkenalkan generasi ke-4 untuk peranti Zenfone pada 2017 kelak.