Visual Studio merupakan salah satu perisian memfokuskan para pembangun daripada Microsoft. Sehingga kini, perisian ini ditawarkan khusus untuk platform Windows sahaja, memerlukan para pembangun mempunyai sistem operasi dari Microsoft berkenaan. Tetapi, ia bakal berubah tidak lama lagi dengan pengenalan Visual Studio untuk Mac.
Berita mengenai perkara ini tertiris melalui sebuah artikel blog dari Microsoft – yang kini telah dipadamkan. Microsoft sendiri dijangka mengumumkannya dalam beberapa hari secara rasmi.
Dengan pengenalan Visual Studio pada Mac, kini pembangun yang menggunakan komputer daripada Apple turut boleh menggunakannya dalam pembangunan. Microsoft juga secara tidak langsung akan menjana keuntungan melalui platform awan mereka, sementara pembangun pula tidak perlu menetapkan sistem operasi maya dalam komputer Mac mereka.
Kita mungkin akan mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini dalam beberapa hari lagi.