Kini Anda Boleh Gunakan Skype Tanpa Perlu Daftar Akaun

Kini Anda Boleh Gunakan Skype Tanpa Perlu Daftar Akaun

Diterbitkan pada November 15, 2016 oleh .

Skype merupakan salah satu perkhidmatan permesejan dan panggilan video popular, dan dimiliki oleh Microsoft. Sehingga kini, anda perlu log masuk ke perisian Skype sebelum dapat menggunakan perkhidmatan berkenaan, tetapi ia berubah sejak hari ini.

Kini, anda boleh terus ke laman Skype.com, dan memulakan perbualan terus daripadanya. Anda hanya perlu memasukkan nama, dan berkongsi pautan khusus anda untuk perbualan dan komunikasi bersama rakan-rakan lain.

Seperti perkhidmatan Skype percuma, anda boleh menggunakan pelbagai ciri-ciri, termasuk panggilan video dan suara, perkongsian skrin dan juga perkongsian fail.

Namun, bagi anda yang tidak mendaftarkan akaun Skype, sebarang komunikasi dan perbualan hanya akan disimpan selama 24 jam sebelum ia dipadam.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba perkhidmatan ini dengan melayari laman Skype.com hari ini.


TIPS & ULASAN