Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti AR Seakan Google Glass

Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti AR Seakan Google Glass

Diterbitkan pada November 15, 2016 oleh .

Dua arena di mana Apple di belakang pesiang mereka ialah peranti realiti maya dan teknologi AR. Tim Cook sendiri pernah dipetik mengatakan teknologi AR adalah lebih penting dari realiti maya mudah alih yang kini didominasi oleh Android. Oleh sebab itu mereka dilaporkan sedang membangunkan kaca mata pintar seakan Google Glass yang menyokong teknologi AR.

apple-glass-ar-1 Dengan kaca mata pintar ini pengguna boleh melihat sistem navigasi GPS yang dipancar terus di hadapan mata tanpa halangan menggunakan skrin mini. Ura-ura mengatakan produk ini dijangka dipasarkan seawal 2018 dengan prototaip sedang diuji dalam jumlah yang kecil.

Google Glass gagal mendapat tempat kerana harga jualan yang mahal, bateri yang tidak tahan lama dan masalah melibatkan privasi. Projek Google Glass dibekukan buat sementara waktu dan ruang kosong ini diisi pula oleh Spectacles oleh Snap Inc. Adalah “Apple Glass” akan akhirnya berjaya selepas kegagalan Google Glass?


TIPS & ULASAN