Carian
Penggunaan Skrin Sesentuh Pada Komputer Apple “Tidak Munasabah” Mengikut Timbalan Presiden
November 15, 2016 Effi Saharudin

MacBook Pro baru memperkenalkan inovasi Touch Bar dengan sokongan TouchID. Dengan Touch Bar pengguna boleh melancarkan program dengan pantas atau memanipulasi susur masa di dalam Final Cut Pro. Namun sokongan skrin sesentuh sepenuhnya seperti yang wujud pada Windows 10 masih tidak disertakan. Ramai yang tertanya-tanya mengapa Apple masih enggan menggunakan teknologi ini. Jawapannya diketahui selepas Timbalan Presiden Pemasaran Apple, Phil Schiller di temuramah oleh laman Backchannel.

Macbook Pro 2016

Menurut beliau sistem operasi Mac direka untuk digunakan bersama tetikus dan pad sesentuh. Penggunaan skrin sesentuh adalah tidak munasabah terutamanya pada iMac dengan skrin sebesar 27″. Antaramuka dioptimasi untuk digunakan sama ada sepenuhnya sesentuh ataupun peranti input. Menghasilkan antaramuka untuk kedua-duanya sekali akan menjadikannya kurang mesra pengguna.

Sebelum ini Apple pernah mengatakan peranti dengan skrin sebesar Galaxy Note serta stylus tidak mesra pengguna. Selepas kematian Steve Jobs mereka menghasilkan model iPhone Plus dan Apple Pen. Siapa tahu di masa hadapan mungkin Phil Schiller akan turut berubah hati.

 

Komen