Cari @ Amanz

Aplikasi peranti pintar boleh membawa kebaikan dan juga keburukan bergantung kepada penggunaannya. Dengan pendemokrasian teknologi, ideologi juga dapat disebarkan dengan bebas di atas talian. Menyedari hakikat ini Ketua Pengarah JAKIM Tan Sri Othman Mustapha mahu kerajaan dan ahli keluarga menghalang akses kepada kandungan atas talian yang boleh mengelirukan akidah orang Islam terutamanya golongan muda.

aplikasi-islam

Tambah beliau lagi terdapat golongan tertentu menggunakan teknologi maklumat untuk melalaikan remaja Islam ke dalam kesesatan dan menyimpang dari akidah Islam yang sebenar. Pemantauan aktiviti di atas talian ialah antara tanggungjawab paling sukar untuk ibu bapa sekarang. Anak-anak lebih celik IT dari mereka dan bijak mendapatkan akses kepada kandungan yang dihalang.

Selain kandungan yang mengancam akidah, internet juga dipenuhi kandungan ganas dan lucah yang turut perlu dipantau. Bagi pembaca Amanz yang berpangkat ibu bapa, apakah yang anda lakukan untuk memantau aktiviti atas talian anak anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd