Carian
Google Dan Facebook Mengharamkan Laman Berita Palsu Dari Menggunakan Platform Pengiklanan Mereka
November 15, 2016 Effi Saharudin

Laman umpan klik amat popular sejak kebelakangan ini yang kesemuanya melaporkan kandungan viral. Mustahil untuk pergi ke Facebook tanpa melihat teman serta sanak saudara berkongsi berita dari laman umpan klik ini. Malang sekali laman seperti ini lebih kerap memaparkan berita kurang sahih atau di dalam kes tertentu adalah palsu. Dengan tajuk sensasi mereka mengumpan anda untuk melawati laman mereka dan mendapatkan keuntungan menerusi pengiklanan.

berita-palsu-1Laman berita palsu dipercayai antara sebab mengapa Donald Trump memenangi pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Terdapat berita palsu mendakwa beliau mendapat sokongan Paus dan ini memberikan kepercayaan bagi penganut Katolik untuk mengundi beliau. Menyedari masalah ini Google dan Facebook hari ini mengumumkan pengharaman laman berita palsu dari menggunakan perkhidmatan pengiklanan mereka.

Iklan AdSense tidak lagi akan dipaparkan pada laman-laman ini dan sekaligus menutup sumber kewangan. Facebook pula akan menghalang laman dari mengiklankan berita viral mereka di dalam media sosial nombor satu dunia ini. Tindakan kedua-dua syarikat besar ini sudah terlambat untuk mengubah keputusan pilihanraya di Amerika Syarikat. Diharap di masa hadapan ia tidak akan berlaku lagi dan pengundi terpedaya dengan berita palsu akan hanya menjadi sejarah silam.

Komen