WhatsApp Mengaktifkan Fungsi Panggilan Video Kepada Semua

WhatsApp Mengaktifkan Fungsi Panggilan Video Kepada Semua

Diterbitkan pada November 15, 2016 oleh .

Bermula dari sebuah aplikasi pemesejan WhatsApp berubah menjadi aplikasi panggilan suara sejak 2015. Aplikasi dengan lebih satu billion pengguna ini kini melangkah setapak lagi sebagai aplikasi hab perhubungan yang penting di dunia. Mereka mengumumkan pengaktifan fungsi panggilan video kepada semua pengguna mulai hari ini. Pengaktifan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Untuk melakukan panggilan video pengguna hanya perlu menekan butang panggilan telefon sedia ada. Pilihan untuk melakukan panggilan video ataupun suara akan terpapar di atas skrin. Fungsi panggilan video ini hadir pada pengguna Android, iOS dan Windows Phone secara serentak. Adakah anda antara pengguna awal yang bernasib baik dan menerima fungsi baru ini hari ini?


TIPS & ULASAN