Wanita Australia Mendakwa iPhone 7 Menyebabkan Tubuh Beliau Melecur

Wanita Australia Mendakwa iPhone 7 Menyebabkan Tubuh Beliau Melecur

Diterbitkan pada November 15, 2016 oleh .

Peranti paling hangat 2016 ialah Samsung Galaxy Note 7 sehingga menyebabkan ia ditarik dari pasaran. Puluhan pemilik mendakwa peranti mereka meletup secara tiba-tiba ketika sedang dicas. Selepas ditarik dari pasaran, tiba giliran peranti lain pula muncul dengan masalah yang sama. Di Australia seorang wanita mendakwa sebuah iPhone 7 menyebabkan beliau melecur pada bahagian tubuh.


 

Bahagian kanan tubuh Melanie Tan Pelaez dari Sydney Barat melecur selepas beliau tertidur di atas iPhone 7 yang sedang dicas. Beliau tersedar dari tidur selepas terasa sakit yang melampau. Setibanya di hospital doktor memberitahu beliau mengalami melecur tahap kedua. Setelah pulang beliau mendapati corak lecur adalah sama dengan corak kabel dan peranti yang berada di atas katil.

Peranti diserahkan kepada Apple untuk diuji tetapi Melanie mendakwa Apple tidak merasakan ia adalah punca lecur kerana tiada bau terbakar. Pihak Apple juga menawarkan untuk memberi iPhone 7 gantian tetapi beliau menolak kerana tidak lagi percaya dengan keselamatan produk Apple. Buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menyaman sungguhpun terpaksa menjalani pembedahan plastik bagi menghilangkan kesan lecur yang teruk.


TIPS & ULASAN