Cari @ Amanz

Maxis sedia mempunyai penawaran pelan khusus dinamakan Maxis Zerolution, membolehkan anda bertukar sesuatu peranti tersebut selepas 12 bulan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Terkini, pelan berkenaan kembali untuk peranti keluaran Apple, iaitu iPhone.

Kini, anda boleh mendapatkan iPhone 7 melalui pelan MaxisONE 128 dan ke atas. Seperti biasa, harga yang akan perlu pengguna bayar adalah harga untuk peranti setiap bulan (bermula serendah RM80) ditambah dengan pilihan menukar peranti setiap tahun pada harga RM20 sebulan, dan perlindungan untuk peranti RM23 sebulan. Seterusnya, ia ditambah dengan harga langganan pelan MaxisONE bermula serendah RM128 sebulan.

Maxis Zerolution

Bagi anda yang berminat, boleh ke sebarang pusat Maxis hari ini, dan mendapatkan iPhone 7 tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi pada permulaan, selain mempunyai peluang untuk menukar ke iPhone baru setiap tahun. Anda juga boleh menyemak pelan yang ditawarkan terlebih dahulu melalui laman rasmi Maxis sebelum membuat keputusan mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd