Lenovo IdeaCentre Y710 Cube Kini Di Malaysia – Desktop Kompak Memfokuskan Permainan Video

Lenovo IdeaCentre Y710 Cube Kini Di Malaysia – Desktop Kompak Memfokuskan Permainan Video

Diterbitkan pada November 15, 2016 oleh .

Lenovo merupakan nama yang tidak asing ladi dalam arena perkomputeran. Seperti pelbagai jenama lain, mereka turut mempunyai penawaran khusus memfokuskan gaming, dan salah satu daripadanya telah dilancarkan di Malaysia hari ini, iaitu Lenovo IdeaCentre Y710 Cube.

Melalui Lenovo IdeaCentre Y710 Cube, ia memfokuskan kepada mereka yang inginkan komputer berkuasa, tetapi pada saiz yang kompak dan mudah dibawa kemana-mana. Untuk tujuan berkenaan, Lenovo turut menyertakan handle pada bahagian atas desktop ini, sekaligus membolehkan anda membawa ke sebarang LAN Party dengan mudah – ataupun sekiranya ingin menyertai acara e-sukan.

IdeaCentre Y710 Cube

Dengan penekanan kepada permainan, ia juga turut hadir dengan integrasi Xbox Wireless Controller, membolehkan anda menggunakan alat kawalan Xbox, dan tidak terikat kepada papan kekunci dan tetikus sahaja. Lenovo sendiri menyertakan perisian tambahan dinamakan Lenovo Nerve Center untuk membolehkan pengguna mengawal pencahayaan, pengoptimasian rangkaian, dan mengawal audio.

Dari segi spesifikasi, Lenovo IdeaCentre Y710 Cube ini hadir dengan cip Intel Core i7-6700, menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 8GB, memori 8GB RAM, storan 2TB HDD, dan disertakan bersama Windows 10 Home.

Lenovo Malaysia menjual Lenovo IdeaCentre Y710 Cube ini pada harga RM6099 di Malaysia, dan hadir dengan jaminan selama 3 tahun.


TIPS & ULASAN