WhatsApp Melanjutkan Sokongan Untuk Platform BlackBerry Sehingga 30 Jun 2017

WhatsApp Melanjutkan Sokongan Untuk Platform BlackBerry Sehingga 30 Jun 2017

Diterbitkan pada November 15, 2016 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk platform BlackBerry OS dan juga BlackBerry 10. Pada awalnya, mereka mengumumkan bakal menamatkan sokongan pada penghujung 2016 ini, tetapi kini mereka dilihat telah membuat perubahan dan melanjutkan ia untuk enam bulan lagi.

Kini, melalui perubahan pada halaman FAQ WhatsApp, mereka mengatakan bakal menyokong platform BlackBerry sehingga 30 Jun 2017 kelak.

Bersama-sama dengan lanjutan untuk platform BlackBerry, WhatsApp juga turut melanjutkan sokongan untuk Nokia S40 dan Nokia Symbian S60.

Walaubagaimanapun, sokongan untuk Android 2.2, Windows Phone 7, dan iOS6 akan tetap ditamatkan pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN