Honor merupakan salah satu jenama dibawah Huawei, dan mereka memfokuskan kepada penjualan secara digital melalui web VMall dan Lazada. Terkini, Honor Malaysia membuat sedikit perubahan, dan telah membuka kedai konsep pertama mereka di Kuala Lumpur, iaitu di Plaza Lowyat.
Melalui kedai konsep mereka, Honor menawarkan kemudahan untuk para pengguna untuk mencuba terlebih dahulu sesuatu peranti sebelum membelinya. Pengguna turut boleh melakukan pembelian di kedai konsep berkenaan.
Honor mengatakan dengan melengkapkan penawaran digital mereka bersama-sama kedai fizikal, ia akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna sebelum mendapatkan peranti keluaran mereka.
Langkah serupa juga sedang dicuba oleh Xiaomi untuk pasaran tempatan – dimana mereka bekerjasama dengan pengedar tempatan dan mula menawarkan ia melalui kedai fizikal, dan bukan secara digital semata-mata.