Apple Melancarkan Buku Dengan Koleksi Gambar Produk Selama 20 Tahun Pada Harga Mencapai RM1300

Apple Melancarkan Buku Dengan Koleksi Gambar Produk Selama 20 Tahun Pada Harga Mencapai RM1300

Diterbitkan pada November 15, 2016 oleh .

Apple hari ini telah hadir dengan sebuah produk baru berupa sebuah buku fizikal yang mengumpulkan lebih kurang 450 gambar produk keluaran Apple selama 20 tahun lepas. Dinamakan sebagai Designed by Apple in California, buku ini dijual dalam dua pilihan, bersaiz kecil pada harga $199 (~RM862) atau bersaiz besar pada harga $299 (~RM1295).

Buku Apple

Buku Apple

Melalui buku ini, ia mengumpulkan gambar produk daripada iMac pada 1998 sehingga ke Apple Pencil pada 2015. Apple mengatakan selain gambar produk semata-mata, ia juga turut mendokumenkan bahan dan kaedah yang digunakan pasukan rekabentuk Apple.

Apple mengatakan buku ini didedikasikan sebagai memori Steve Jobs, selain pada masa yang sama membantu para pelajar dalam bidang rekabentuk untuk mendapatkan idea dan sumber yang berkaitan.

Buku daripada Apple ini hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja, termasuk Australia, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, UK dan Amerika Syarikat.


TIPS & ULASAN