MSI VR One – Komputer Beg Galas Memfokuskan Realiti-Maya Berharga Bermula RM9,999 Di Malaysia
MSI

MSI VR One – Komputer Beg Galas Memfokuskan Realiti-Maya Berharga Bermula RM9,999 Di Malaysia

Diterbitkan pada November 16, 2016 oleh .

MSI merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam arena permainan, dan pada tahun ini dengan fokus terhadap realiti-maya, MSI telah hadir dengan komputer beg-galas mereka yang dinamakan sebagai MSI VR One. Kini, selepas pengumuman rasminya, pihak MSI Malaysia turut telah mengumumkan penawaran produk berkenaan di Malaysia.

MSI VR One

MSI VR One seberat hampir 3.6kg, dan dilengkapi dua pek bateri yang mampu bertahan selama 1.5 jam – membolehkan anda menikmati kandungan dan permainan pada realiti-maya tanpa bergelut dengan pelbagai wayar.

Melengkapkan MSI VR One adalah cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-6, dan hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070 atau GTX 1060.

Versi GTX 1070 dengan 8GB GDDR5 dijual pada harga RM11,999 di Malaysia, sementara versi GTX 1060 dengan 6GB GDDR5 dijual pada harga RM9,999. Pihak MSI mengatakan komputer ini dioptimasikan untuk HTC Vive, namun tiada set HTC Vive yang ditawarkan bersama dalam bentuk pakej bundle buat masa ini.


TIPS & ULASAN