Carian
HP Hadir Dengan Komputer Mini Dikuasakan Cip Intel Xeon
November 16, 2016 Aman

HP sedia mempunyai beberapa penawaran komputer workstation, tetapi kini mereka hadir dengan HP Z2 Mini yang mengekalkan kuasa pemprosesan berkuasa, tetapi pada saiz 90% lebih kecil.

HP Z2 Mini ini hadir dengan cip Intel Xeon, dikuasakan grafik NVIDIA Quadro M620, memori sehingga 32GB DDR4 RAM dan sokongan teknologi M.2 SSD. Komputer mini ini boleh menyokong enam skrin paparan pada masa yang sama.

HP Z2 Mini

Dengan spesifikasi yang dibawakan, HP mengatakan ia menawarkan kuasa dua kali ganda berbanding dengan pelbagai komputer bersaiz mini lain di pasaran. HP Z2 Mini juga adalah lebih senyap berbanding dengan PC bersaiz mini yang lain.

Seperti kebiasaan, HP Z2 Mini ini hadir dengan pelbagai pilihan konfigurasi spesifikasi, termasuk dengan pilihan bermula menggunakan cip pemprosesan Intel Core i3 tanpa sebarang kad grafik tambahan pada harga bermula $699 (~RM3028).

Komen