Google Memperkenalkan Aplikasi Photoscan – Memudahkan Anda Mendigitalkan Gambar Lama Anda

Google Memperkenalkan Aplikasi Photoscan – Memudahkan Anda Mendigitalkan Gambar Lama Anda

Diterbitkan pada November 16, 2016 oleh .

Google sedia mempunyai aplikasi Google Photos dalam memudahkan pengurusan gambar para pengguna – dan ia telah menjadi salah satu aplikasi popular dalam tempoh kurang setahun. Kini, disamping menambah beberapa fungsi baru, Google turut memperkenalkan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai PhotoScan.

Melalui gambar PhotoScan yang ditawarkan untuk Android dan iOS ini, ia membolehkan para pengguna merakamkan gambar-gambar lama yang dicetak, dan mengubahnya kepada gambar berbentuk digital.

Google PhotoScan

Mungkin ramai sedia maklum mengenai penawaran beberapa aplikasi yang membolehkan pengguna mengimbas dokumen dan gambar menggunakan kamera telefon, tetapi kaedah PhotoScan melaksanakannya secara berbeza. Pengguna akan perlu mengambil beberapa rakaman daripada sudut berbeza, dan PhotoScan akan menjadikan gambar tersebut dalam bentuk digital yang baik. Google mengatakan ia dilakukan untuk membuang pelbagai pencahayaan yang tidak dikehendaki, disamping hadir dengan gambar yang berkualiti.

Sebaik sahaja selesai mengimbas, pengguna boleh menyimpan gambar tersebut di Google Photos dengan hanya satu tap.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi PhotoScan untuk Android dan iOS ini, dan mula mengimbas gambar-gambar lama anda.

Muat-Turun Google PhotoScan untuk Android

Muat-Turun Google PhotoScan untuk iOS


TIPS & ULASAN