Cari @ Amanz

Acer Malaysia hari ini telah memperkenalkan komputer riba ternipis daripada mereka, iaitu Acer Swift 7. Acer menekankan kepada rekaan yang dibawakan oleh komputer riba ini, dimana ia setebal kurang daripada 1 sentimer – atau lebih tepat, hanya setebal 9.98mm, dan seberat 1.1 kilogram.

Acer Swift 7 hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci dengan paparan HD penuh, dan dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ketujuh. Melengkapkan komputer riba ini adalah ruangan storan SSD sehingga 256GB, memori sehingga 8GB RAM, dan menawarkan masa penggunaan sehingga 9 jam lamanya.

Acer Swift 7

Acer Swift 7

Acer turut menyertakan USB-C pada komputer riba ini, selain melengkapkan ia dengan beberapa ciri-ciri tambahan – termasuk sokongan teknologi MI-MIMO, selain sokongan Dolby Premium untuk audio. Komputer riba ini menjalankan sistem operasi Windows 10.

Di Malaysia, Acer Swift 7 akan ditawarkan bermula 23 November 2016 ini, melalui pengedar rasmi Acer seluruh negara, dan juga melalui 11Street pada harga RM4999.

Acer turut menawarkan Acer Premium Service bersama-sama komputer riba ini, dimana Acer menawarkan khidmat pembersihan percuma dan semakan virus dan sebagainya, dan menjanjikan masa mengembalikan semula komputer riba yang dihantar dalam tempoh sehari. Acer turut menyediakan kaunter premium khusus untuk pelanggan Swift 7 di pusat khidmat Acer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd