Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman Acer Swift 7, pihak Acer Malaysia turut mengumumkan salah satu peranti dibawah keluarga Predator, iaitu Acer Predator Z1. Seperti peranti lain dibawah keluarga Predator, Acer Predator Z1 ini turut ditujukan kepada para peminat permainan video.

Acer Predator Z1 hadir dengan skrin melengkung bersaiz 27-inci, dilengkapi sokongan teknologi NVIDIA G-Sync, dan menyertakan sokongan teknologi penjejakan mata Tobii. Acer mengatakan pengguna boleh mengawal beberapa permainan menggunakan gerakkan mata, sekaligus menawarkan kaedah interaksi baru.

Acer Predator Z1

Monitor ini hadir dengan paparan 1920×1080 pixel, dengan kadar segar semula 144Hz. Melalui integrasi teknologi NVIDIA G-Sync, ia membolehkan pengguna memainkan permainan tanpa mengalami sebarang lengah-masa. Pengguna turut ditawarkan dengan GameView yang menawarkan kemudahan pengguna menetapkan tiga profil berbeza mengikut jenis permainan – seperti aksi, sukan, mahupun perlumbaan.

Predator Z1-Z271T ini akan ditawarkan di Malaysia melalui para pengedar Acer seluruh negara bermula sekitar pertengahan Disember 2016 kelak, pada harga RM2999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd